
Program Taklimat Sayangi Alam Sekitar Sekolah Madani telah diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjong Paras, Lahad Datu. Program ini dianjurkan dengan kerjasama antara Amwil Deslen Management & Supplies PLT, Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan Pertubuhan Penjaga Alam Sekitar Sabah (PPASS). Program ini merupakan satu inisiatif pendidikan yang dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran sivik dan tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah, khususnya murid-murid sekolah rendah. Antara pengisian menarik program ialah taklimat kesedaran alam sekitar, aktiviti kuiz interaktif, senamrobik , dan aktiviti gotong-royong perdana yang melibatkan seluruh warga sekolah.





Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar. Ia selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kasih, hormat dan tanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan bumi. Melalui taklimat ini, murid diberi pendedahan awal mengenai isu pencemaran, amalan kitar semula dan langkah-langkah mudah menjaga kebersihan di sekolah serta di rumah.



