PROGRAM GOTONG-ROYONG SIRI 5 KAMPUNG AIR


Pada 28 Februari yang lalu, kami telah mengadakan sesi perbincangan bersama Reef Check Malaysia dan University of Bern bagi membincangkan isu pencemaran sampah di Semporna serta pelan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan secara berperingkat.
Sebagai langkah permulaan, satu inisiatif akan dilaksanakan di Kampung Sri Aman yang melibatkan pengumpulan semula sampah daripada penduduk setempat, penyediaan tong sampah, serta program penerangan dan pendidikan mengenai kaedah pengasingan sisa yang betul.
Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, di samping mewujudkan komuniti yang lebih bersih, sihat dan lestari untuk generasi akan datang.



