Program Gotong-Royong Siri 5 telah dianjurkan pada 23 Mei 2026, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di kawasan sekitar Kampung Air oleh Ketua Kampung Air dengan kerjasama Majlis Daerah Semporna, Amwil Deslen Management & Supplies serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi meneruskan usaha membersihkan kawasan Kampung Air dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Pelaksanaan program ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan perkampungan, pengumpulan sampah sarap serta kerja-kerja pengasingan bahan buangan yang boleh dikitar semula. Antara bahan yang berjaya dikumpulkan ialah botol plastik yang masih boleh di kitar semula. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malahan dapat menjana pendapatan penduduk kampung. Hasil daripada 2 sesi (pagi dan petang) aktiviti gotong-royong yang dijalankan, dianggarkan sebanyak 250 Kg (botol plastik) dapat dikumpul untuk di kitar semula dan 9 tan sampah yang dikutip telah berjaya dibuang ke tapak pelupusan.