Aktiviti Gotong-Royong bersama murid-murid Sekolah Alternatif

Berita

Pada 11 Februari 2023, pihak syarikat telah mengadakan gotong royong bersama-sama murid-murid dari Sekolah Alternatif di kawasan Kg Air. Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk mendidik dan membentuk jati diri murid-murid tersebut supaya tidak membuang sampah ke dalam laut.

Selama tempoh 2 jam, sebanyak 400 kg sampah berhasil dikutip dalam aktiviti tersebut.  Seramai 36 orang murid-murid yang menyertai aktiviti tersebut dan dibantu oleh 8 orang pekerja dari pihak syarikat. Aktiviti sebegini memberi kesan yang baik untuk dijadikan contoh kepada penduduk-penduduk kampung bagi menjaga alam sekitar kita. Pihak syarikat mencadang untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sebegini dengan lebih kerap lagi dalam masa yang akan datang.

Share This :

Amwil Deslen Management and Supplies PLT merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemungutan sampah di sekitar perairan di Sabah.

Alamat

Lorem ipsum dolor sit amet, consectectur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor
Waste Pickup & Disposal Services Template Kit by Jegtheme
Copyright © 2022. All rights reserved.