Admin Amwildeslen
04/02/2023
Pihak WWF-Malaysia dengan kerjasama Kelab Pencinta Alam Sekitar dan Reef Check Malaysia mengadakan Kem Kepimpinan Alam Sekitar untuk Komuniti (CELC 4.0). Oleh itu, pihak Amwil Deslen dijemput bagi menyampaikan ceramah dalam salah satu slot iaitu Perkongsian Pengurusan Sisa Pepejal di Semporna pada hari kedua program.
Kem kepimpinan alam sekitar ini merupakan sebuah program pembangunan dan peningkatan kapasiti untuk komuniti di pesisir laut Sabah, khususnya golongan belia yang tinggal di kawasan utama pemuliharaan. Kem ini diselaras dengan misi penganjur untuk meneroka potensi kepimpinan komuniti pesisir laut dan meningkatkan keupayaan komuniti untuk menyelesaikan isu-isu alam sekitar di kawasan komuniti tersebut. Justeru itu, kem ini menekankan isu-isu pengurusan sisa pepejal di mana para peserta diharapkan memahami senario yang berlaku dan memulakan sebarang inisiatif untuk menguruskan sisa pepejal secara teratur.
Amwil Deslen Management and Supplies PLT merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemungutan sampah di sekitar perairan di Sabah.