Gotong Royong Bajau Laut Programme

Berita

 

Program Gotong Royong Bajau Laut telah diadakan selama sehari pada 03 Ogos 2024. Tujuan program gotong royong ini adalah untuk membersihkan kawasan persekitaran serta mengurangkan pencemaran sisa pepejal di laut. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan pemuliharan alam sekitar khususnya kepada komuniti yang tinggal di berhampiran dengan kawasan tersebut. Jumlah sampah yang berjaya dikutip dianggarkan melebihi 30 tan.

Selain usaha pembersihan fizikal, program ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan komuniti setempat, khususnya masyarakat Bajau Laut yang tinggal berhampiran kawasan terjejas. Program ini menekankan kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan alam sekitar, serta memelihara biodiversiti marin dengan mengurangkan pencemaran dan sisa plastik yang boleh menjejaskan ekosistem.