Kempen Kesedaran Pencemaran Laut 2022

Berita

Kempen Kesedaran Pencemaran Laut 2022 di SK Simunul & bangau-Bangau, Semporna

Pada 15 dan 16 November 2022, pihak syarikat berjaya melaksanakan Kempen Kesedaran Pencemaran Laut di S.K. Simunul dan S.K. Bangau-Bangau Semporna dengan bekerjasama Majlis Daerah Semporna, WWF-Malaysia dan Reef Check Malaysia. Matlamat kempen ini adalah memupuk sikap menjaga alam sekitar serta membuang sampah ke tempat yang sepatutnya. Selain itu, meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga kebersihan laut.

WhatsApp Image 2022-11-22 at 10.14.24 AM (2)

Dalam kempen 2 hari ini, sebanyak seribu orang murid-murid terlibat dalam kempen tersebut. Pihak syarikat juga menerima maklum balas yang baik daripada murid-murid dan guru-guru yang terlibat. Selain daripada mendidik dan mengajar murid-murid tentang punca pencemaran laut dan kesan membuang sampah merata-rata, pihak syarikat juga menggalakan murid-murid untuk mulakan mengumpul bahan kitar semula seperti beg plastik, botol plastik dan sebagainya.

Bagi mencapai matlamat ini, pihak syarikat juga menyumbang 3 buah tong sampah kepada S.K. Simunul sebagai langkah awal bagi mencapai matlamat dan hala tuju kita semua.

Share This :

Amwil Deslen Management and Supplies PLT merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemungutan sampah di sekitar perairan di Sabah.

Alamat

Lorem ipsum dolor sit amet, consectectur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor
Waste Pickup & Disposal Services Template Kit by Jegtheme
Copyright © 2022. All rights reserved.