Pada 30 Oktober 2025, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bersama Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) serta Amwil Deslen Management and Supplies PLT telah mengadakan satu lawatan rasmi ke beberapa buah kampung di Pulau Sakar. Lawatan ini bertujuan menilai pelaksanaan projek pembersihan yang sedang dijalankan serta meninjau keberkesanannya dalam mengurangkan sisa pepejal di kawasan pesisir dan perairan pulau.

Melalui tinjauan di lapangan, pasukan lawatan berpeluang mendapatkan gambaran jelas mengenai perubahan yang berlaku serta impaknya terhadap kebersihan persekitaran dan kesejahteraan komuniti setempat. Pasukan juga mengambil maklum keperluan penduduk, khususnya penyediaan perkhidmatan pemungutan sampah harian dan pembinaan rumah sampah yang lebih teratur untuk memudahkan pengurusan sisa pepejal.

Sesi bergambar bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Amwil Deslen Management and Supplies PLT, Guru Besar Sk Tanjong Paras, Ketua Kampung dan JPKK Kampung .

Lawatan ini turut membawa beberapa impak positif, termasuk penambahbaikan strategi pembersihan, peningkatan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa yang sistematik, serta pengukuhan kerjasama antara KKTP, MDLD dan syarikat Amwil Deslen Management and Supplies PLT. Usaha ini menjadi langkah penting ke arah memastikan Pulau Sakar kekal bersih, selamat dan lestari.