Lawatan Rombongan Kedutaan Besar Jerman & Kedutaan Kesatuan Eropah Bersama Pengurusan WWF-Malaysia

Berita

SESI BERGAMBAR bersama pengurus syarikat En Chris (Amwil Deslen), Kedutaan Besar Jerman En Peter, Kedutaan Kesatuan Eropah En Mikalis dan pengurus WWF-Malaysia Pn Sophia (WWF-Malaysia), En Henry (WWF-Malaysia) dan Pn Herminatalia (WWF-Malaysia)

Pada 9 Jun 2023, pihak syarikat bersama Pn Sophia (CEO WWF-Malaysia) berbesar hati
menyambut kedatangan duta-duta dari Jerman dan Eropah. Semasa lawatan tersebut,
perbincangan mengenai isu-isu kritikal di Semporna menjadi topik perbincangan. seperti
pencemaran plastik dan kepentingan kesedaran komuniti terhadap masalah kritikal di
Semporna. Pihak pengurus syarikat menjelaskan kepada mereka beberapa usaha-usaha
yang telah dilaksanakan dalam Projek Pemungutan Sisa Pepejal. Antara aktiviti yang
dilaksanakan termasuklah
i) memungut sampah harian di pesisir pantai dan kawasan laut pekan Semporna;
ii) program CSR di kampung-kampung;
iii) gotong-royong bersama pelajar sekolah alternatif
iv) bekerjasama dengan NGO bagi membersihkan pulau

Selain itu, pihak syarikat juga sempat berkongsi beberapa rancangan yang akan diadakan pada masa hadapan seperti mendirikan pusat kitar semula agar meningkatkan tahap kesedaran terhadap komuniti-komuniti di Sabah. Sepanjang sesi perkongsian, pelbagai
maklum balas positif serta cadangan penambahbaikan diutarakan terhadap projek ini. Melalui lawatan tersebut, pihak syarikat akan sedaya upaya menambahbaik kekurangan projek bagi mencapai matlamat projek iaitu mengurangkan pencemaran laut.

Sabah Maju Jaya.

Share This :

Amwil Deslen Management and Supplies PLT merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemungutan sampah di sekitar perairan di Sabah.

Alamat

Lorem ipsum dolor sit amet, consectectur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor
Waste Pickup & Disposal Services Template Kit by Jegtheme
Copyright © 2022. All rights reserved.