
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kampung Terbersih Perairan Lahad Datu telah berlangsung pada 23 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Restoran Dovist Fajar, Lahad Datu. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Majlid Daerah Lahad Datu, UPPM Dun N. 61 Segama, Ketua Kampung bagi setiap kampung perairan serta Ahli Jawatankuasa Urus Setia Majlis.



Pertandingan ini dianjurkan bagi memupuk sikap tanggungjawab terhadap kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan penduduk kampung perairan. Melalui Program Gotong-Royong Madani dan Pertandingan Kampung Terbersih, diharapkan dapat meningkatkan penglibatan aktif komuniti dalam menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal mereka, seterusnya memelihara ekosistem marin secara berterusan.
