Program Pendidikan dan Kesedaran Plastik di Pulau Omadal, Semporna

Berita

Sesi bergambar bersama komuniti Pulau Omadal, WWF-Malaysia, Iskul Sama Dilaut Omadal (ISKUL), Wanita Pulau Omadal (WAPO) dan Amwil Deslen Management & Supplies PLT. 

Pada 6 Disember 2023, syarikat Amwil Deslen telah dijemput untuk menghadiri Program Pendidikan dan Kesedaran Plastik anjuran WWF-Malaysia dengan kerjasama Iskul Sama Dilaut Omadal (ISKUL) dan Wanita Pulau Omadal (WAPO). Amwil juga telah memberikan satu sesi perkongsian kecil tentang operasi kami dan juga keadaan pencemaran plastik di Semporna.

IMG_20231221_114853_edit_1484872348048941
@Mariam_(2)

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Pulau Omadal dengan bantuan Iskul Sama di Laut Omadal (ISKUL) dan Wanita Pulau Omadal (WAPO) untuk menangani asal usul, jenis, isu, ancaman dan penyelesaian bagi plastik pencemaran di Pulau Omadal. Program ini juga menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha meminimumkan plastik sekali guna dengan menawarkan penyelesaian alternatif. Namun begitu, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat dengan melibatkan mereka dalam program pengurusan sisa plastik dan galakan untuk mengamalkan konsep 5R. (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rethink) 

Share This :

Amwil Deslen Management and Supplies PLT merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemungutan sampah di sekitar perairan di Sabah.

Alamat

Lorem ipsum dolor sit amet, consectectur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor
Waste Pickup & Disposal Services Template Kit by Jegtheme
Copyright © 2022. All rights reserved.